Wednesday 7 September 2011

Sesi Taklimat Pengawas PPDa




Sesi taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan perincian tugas mereka selaku pengawas PPDa. Pelajar di lantik bedasarkan komitmen yang di tunjukkan semasa menjalankan tugas.





Lawatan ke SMK Dusun Nanding

Pada tarikh 12 Februari 2011 pihak pentadbir dan sebilangna guru dari SMK Tasek Permai telah pergi melawat ke SMK Dusun Nanding untuk melihat dengan lebih dekat program-program PPDa yang telah dilaksanakan.











Tuesday 6 September 2011

Program Ceramah Anti Dadah dari AADK


Program Ceramah dengan kerjasama AADK telah di adakan pada18 April 2011 bertempat di Dewan Permai SMK Tasek Permai

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh bekas-bekas penagih yang memberi khidmat sukarela bagi memastikan anak-anak pelajar tidak mengikut jejak mereka







Sunday 4 September 2011

Kesan-kesan buruk dadah

1. Merosakkan sistem saraf pusat ( otak & saraf tunjang) .
2. Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat mengawal pergerakan dan
perimbangan badan nya .
3. Risiko jangkitan HIV/ AIDS , Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan alat suntikan
yang dikongsi .
4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran , kelahiran bayi songsang ,
lahir belum cukup bulan , kematian bayi semasa lahir / melahirkan bayi yang tidak
sempurna/ cacat .
5. Melemah dan merosak daya pemikiran , pemahaman , percakapan , pengiraan dan
kebolehan menyelesaikan masalah .
6. Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat .
7. Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng , kecurian ,
rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya . Ini adalah kerana penagih sebenarnya
telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi
ketagihan mereka kepada dadah .
8. Membawa maut kepada : -
a. Diri sendiri
Contohnya :
Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan .
b. Ahli keluarga
Contohnya :
Ibu , kerana tindakan ganas/ luar kawalan penagih kerana memerlukan wang untuk
membeli dadah .
c. Orang awam
Contohnya :
Kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh dadah .

VISI DAN MISI

VISI
Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012

MISI
Melahirkan murid bebas dadah melalui Program PPDa yang bersepadu dan menyeluruh
daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan
pembangunan sahsiah.

Matlamat Penubuhan PPDA


Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah adalah untuk memberi
pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan
ibu bapa agar mereka menjauhi dan berupaya menentang ancaman dadah .
Pendidikan Pencegahan Dadah boleh :
a) meningkatkan pengetahuan, kefahaman , kemahiran Pendidikan Pencegahan
Dadah murid supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah .
b) membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi di
kalangan murid dan segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
c) membentuk budaya sihat, tingkah laku positif dan amalan nilai- nilai murni di
kalangan pelajar .
d) melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat
luar sekolah dalam usaha mencegah dadah .
e) menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah
daripada terlibat dengan dadah .

sejarah penubuhan ppda

Pada 3 Februari 1988, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 /1988 Program Skim Lencana
AntiDadah, Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) disiarkan oleh
Bahagian Sekolah KPM. Dengan ini, sekolah ini telah memulakan Program SLAd pada
tahun 1988 sehingga sekarang .
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh SLAD adalah lawatan sambil belajar ke Pusat
Serenti, menghadiri ceramah, menyertai pertandingan, aktiviti seranta, penyampaian
maklumat dan menyediakan buku skrap.
Program Cuma Lima Minit AntiDadah dimulakan pada tahun 1999 setelah pihak sekolah
menerima surat Pekeliling Ikhtisas KP( BS/ HEP) 8543/ 06 /( 23 ) . Pelaksanaan Program 5
Minit AntiDadah di sekolah.Program ini dijalankan pada bulan Mac dan Julai setiap
tahun. Guru- guru meluangkan sebanyak 5 minit untuk menyatakan maklumat-
maklumat dadah kepada murid berdasarkan modul yang diedarkan semasa pengajaran
dan pembelajaran. Kemudian, pertandingan kuiz AntiDadah akan diteruskan selepas
modul diterangkan kepada murid- murid.
Pada tahun 2004, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3 /2004 memperkasakan pendidikan
pencegahan dadah telah disiarkan kepada sekolah- sekolah. Dengan ini, guru kaunseling
kedua telah dilantik sebagai guru PPDa .Maka pelbagai program PPDa telah
dilaksanakan untuk staf dan murid- murid di sekolah ini. Aktiviti- aktiviti yang dijalankan
seperti Perkembangan Staf, Minggu AntiDadah, Mesej Jauhi Dadah PPDa KBSM, Ceramah
AntiDadah, Pameran AntiDadah, Pertandingan Poster AntiDadah, Pertandingan Buku
Skrap AntiDadah, Pertandingan Esei AntiDadah, Kemahiran Personal dan Interpersonal,
kaunseling PPDa , Kolokium Kepimpinan PPDa , Seminar PPDa , Program Keibubapaan
dan sebagainya.