Sunday 4 September 2011

Kesan-kesan buruk dadah

1. Merosakkan sistem saraf pusat ( otak & saraf tunjang) .
2. Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat mengawal pergerakan dan
perimbangan badan nya .
3. Risiko jangkitan HIV/ AIDS , Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan alat suntikan
yang dikongsi .
4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran , kelahiran bayi songsang ,
lahir belum cukup bulan , kematian bayi semasa lahir / melahirkan bayi yang tidak
sempurna/ cacat .
5. Melemah dan merosak daya pemikiran , pemahaman , percakapan , pengiraan dan
kebolehan menyelesaikan masalah .
6. Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat .
7. Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng , kecurian ,
rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya . Ini adalah kerana penagih sebenarnya
telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi
ketagihan mereka kepada dadah .
8. Membawa maut kepada : -
a. Diri sendiri
Contohnya :
Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan .
b. Ahli keluarga
Contohnya :
Ibu , kerana tindakan ganas/ luar kawalan penagih kerana memerlukan wang untuk
membeli dadah .
c. Orang awam
Contohnya :
Kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh dadah .

No comments:

Post a Comment