Sunday 4 September 2011

sejarah penubuhan ppda

Pada 3 Februari 1988, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 /1988 Program Skim Lencana
AntiDadah, Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) disiarkan oleh
Bahagian Sekolah KPM. Dengan ini, sekolah ini telah memulakan Program SLAd pada
tahun 1988 sehingga sekarang .
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh SLAD adalah lawatan sambil belajar ke Pusat
Serenti, menghadiri ceramah, menyertai pertandingan, aktiviti seranta, penyampaian
maklumat dan menyediakan buku skrap.
Program Cuma Lima Minit AntiDadah dimulakan pada tahun 1999 setelah pihak sekolah
menerima surat Pekeliling Ikhtisas KP( BS/ HEP) 8543/ 06 /( 23 ) . Pelaksanaan Program 5
Minit AntiDadah di sekolah.Program ini dijalankan pada bulan Mac dan Julai setiap
tahun. Guru- guru meluangkan sebanyak 5 minit untuk menyatakan maklumat-
maklumat dadah kepada murid berdasarkan modul yang diedarkan semasa pengajaran
dan pembelajaran. Kemudian, pertandingan kuiz AntiDadah akan diteruskan selepas
modul diterangkan kepada murid- murid.
Pada tahun 2004, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3 /2004 memperkasakan pendidikan
pencegahan dadah telah disiarkan kepada sekolah- sekolah. Dengan ini, guru kaunseling
kedua telah dilantik sebagai guru PPDa .Maka pelbagai program PPDa telah
dilaksanakan untuk staf dan murid- murid di sekolah ini. Aktiviti- aktiviti yang dijalankan
seperti Perkembangan Staf, Minggu AntiDadah, Mesej Jauhi Dadah PPDa KBSM, Ceramah
AntiDadah, Pameran AntiDadah, Pertandingan Poster AntiDadah, Pertandingan Buku
Skrap AntiDadah, Pertandingan Esei AntiDadah, Kemahiran Personal dan Interpersonal,
kaunseling PPDa , Kolokium Kepimpinan PPDa , Seminar PPDa , Program Keibubapaan
dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment